Hari : Isnin
Masa : 7.50 PAGI
Tempat : Dataran Perhimpunan
Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) telah melancarkan pemakaian " button badge"
bagi penerima RMT utuk tahun 2018. Seramai 55 orang pelajar tahun 1 hingga tahun 6 menerima bantuan ini. Bantuan RMT telah bermula sejak hari pertama persekolahan sesi 2018 iaitu pada 02 Januari 2018.
En Mohd Azmi bin Abdul Khalid ,Guru Besar SK Kuala Tembeling menyematkan button badge ke baju setiap orang pelajar. Pelajar perlu memakai button badge hingga waktu rehat. Selepas mengambil makanan , pelajar mestilah memulangkan kembali button badge kepada guru bertugas mingguan ataupun guru RMT.
Tujuan pemakaian button badge adalah untuk mengesan pelajar yang tidak hadir pada hari tersebut . Setiap pelajar diberikan button badge mengikut warna. Warna yang berlainan adalah mengikut tahun yang berbeza.
Guru Besar sedang menyematkan button badge kepada pelajar RMT
Button Badge RMT
Penyediaan RMT pada waktu rehat 10.00 pagi
Guru bertugas sedang merasai menu RMT
Meja pelajar RMT
No comments:
Post a Comment