Hari : SELASA
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : DEWAN HARMONI , SK KUALA TEMBELING
Perasmi : YB DATO HAJI AHMAD NAZLAN BIN IDRIS
AHLI PARLIMEN JERANTUT
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ,Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 pada 27 Feb 2018. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Harmoni SK Kuala Tembeling.
Mesyuarat PIBG pada kali ini telah dirasmikan perasmiannya oleh YB Dato Hj Ahmad Nazlan bin Idris , Ahli Parlimen Jerantut. Ini adalah julung kali ahli Parlimen Jerantut merasmikan mesyuarat Agung di SK Kuala Tembeling.
Mesyuarat agung pada kali ini dihadiri oleh sebahagian besar ibu bapa dan penjaga pelajar SK Kuala Tembeling yang berjumlah 175 orang murid termasuk pelajar prasekolah, pelajar tahun 1- 6 dan pelajar pendidikan khas. Kehadiran pada kali ini amat menggalakkan.
Ibu bapa yang hadir pada kali ini melahirkan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh PIBG dalam membantu pihak sekolah menjayakan agenda utama pendidikan dan meningkatkan pencapaian para pelajar dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum.
YB Dato Hj Ahmad Nazlan bin Idris juga melancarkan laman blog sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling . Tujuan dibina lama Blog ini adalah untuk meyebarkanluaskan maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini di peringkat global. Ibu bapa boleh mengetahui maklumat dan peristiwa yang berlaku di sekolah melalui capaian internet sahaja.
No comments:
Post a Comment