::VISI ::PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ::

No Telefon & Fax : 09 308 6490 emel : cba2018.skkt@gmail.com
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Thursday, 5 April 2018

RAWATAN PERGIGIAN SEKOLAH

Tarikh : 03 hingga 05 APRIL 2018
Hari : SELASA - KHAMIS
Masa : 8.00 - 1.00 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN HARMONI

SK Kuala Tembeling menerima kunjungan Unit Pergigian Daerah Jerantut bagi memberikan rawatan kesihatan Pergigian untuk pelajar sekolah. Program ini mengambil masa selama 3 hari bermula selasa dan berakhir hari khamis.
Antara pengisian program ini termasuklah rawatan pergigian untuk semua pelajar dan diakhiri dengan ceramah Kesihatan Pergigian yang telah disampaikan oleh Dr Afifah bt Khairul Azam. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Afifah amat  mudah difahami dan sangat berkesan.

 Pelajar Mendapatkan Rawatan Pergigian
 Sesi tunjuk ajar cara mengosok gigi oleh Unit Pergigian

 Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr Afifah

 Cenderahati Kepaada Penceramah 
disampaikan oleh Tn Hj Mahmud. GPK Pentadbiran

Wednesday, 14 March 2018

CERAMAH KESIHATAN REMAJA DAN KEMPEN ANTI MEROKOK

Tarikh : 13 MAC 2018
Hari : SELASA
Masa : 8.00 - 12.00 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN HARMONI DAN DATARAN PERHIMPUNAN

 Unit Jawatan kuasa Kesihatan dan PPDa SK Kuala Tahan telah menganjurkan aktiviti / Ceramah Kesihatan Remaja dan Ceramah Anti Merokok peringkat sekolah.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah dari KliniK Kesihatan Bandar Jerantut dan Poli Klinik Kuala Tembeling.
Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh staf Poli Klinik Kuala Tembeling. Semua guru dan staff dan murid Terlibat sama dalam aktiviti tersebut yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

 Pelajar dan guru bersama menyertai aktiviti senamrobik

Pada pukul 9.00 pagi ceramah  Kesihatan Remaja pula mengambil tempat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil dari Klinik Kesihatan Bandar Jerantut. Ceramah ini menyentuh tentang kesihatan pelajar sekolah memasuki alam remaja.


Penceramah sedang menyampaikan ceramahnya
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Selepas waktu rehat slot Anti Merokok telah disampaikan oelah En Ismail Abdul Latif , Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Jerantut. Isi ceramah berkisar tentang bahaya merokok dan kesannya kepada masyarakat sekeliling. Ceramah ini mengambil masa selama satu jam dan berlangsung dalam suasana yang ceria.

En Ismail dari KK Bandar Jerantut
Pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah Anti Merokok dari En Ismail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...