Hari : SELASA
Masa : 8.00 - 12.00 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN HARMONI DAN DATARAN PERHIMPUNAN
Unit Jawatan kuasa Kesihatan dan PPDa SK Kuala Tahan telah menganjurkan aktiviti / Ceramah Kesihatan Remaja dan Ceramah Anti Merokok peringkat sekolah.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah dari KliniK Kesihatan Bandar Jerantut dan Poli Klinik Kuala Tembeling.
Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh staf Poli Klinik Kuala Tembeling. Semua guru dan staff dan murid Terlibat sama dalam aktiviti tersebut yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Pelajar dan guru bersama menyertai aktiviti senamrobik
Pada pukul 9.00 pagi ceramah Kesihatan Remaja pula mengambil tempat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil dari Klinik Kesihatan Bandar Jerantut. Ceramah ini menyentuh tentang kesihatan pelajar sekolah memasuki alam remaja.
Penceramah sedang menyampaikan ceramahnya
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada penceramah
Selepas waktu rehat slot Anti Merokok telah disampaikan oelah En Ismail Abdul Latif , Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Jerantut. Isi ceramah berkisar tentang bahaya merokok dan kesannya kepada masyarakat sekeliling. Ceramah ini mengambil masa selama satu jam dan berlangsung dalam suasana yang ceria.
En Ismail dari KK Bandar Jerantut
Pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah Anti Merokok dari En Ismail
No comments:
Post a Comment