::VISI ::PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ::

No Telefon & Fax : 09 308 6490 emel : cba2018.skkt@gmail.com
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts

Monday, 2 April 2018

KEJOHANAN MSSD JERANTUT BOLA SEPAK B12

Muhammad Ady Putra dan Muhamad Sybli bersama Cikgu Mohd Syukri Ismail GPK Kokurikulum

Dua orang pelajar SK Kuala Tembeling telah terpilih untuk mewakili Zon Tahan ke Kejohanan Bola Sepak MSSD Jerantut bawah 12 tahun. Adik Muhammad Ady Putra bin Azhari  dan Adik Muhammad Sybli  bin Abu Sin. 
Kedua-dua mereka adalah pelajar tahun enam. Muhammad Ady Putra telah terpilih untuk mewakili Daerah Jerantut ke kejohanan Peringkat Negeri yang akan diadaakan tidak lama lagi.
Semoga mereka terus mengharumkan nama SK Kuala Tembeling ke peringkat labih tinggi.Ady Putra juga mewakili negeri Pahang dalam pertandingan Bola Baling dan menjadi Johan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan

Monday, 5 March 2018

KEJOHANAN MSSP BOLA BALING

Tarikh : 05 MAC 2018
Hari : ISNIN
Masa : 8.00 PAGI
Tempat : DATARAN PERHIMPUNAN SKKT

Dua orang pelajar tahun 6 SK Kuala Tembeling telah terpilih untuk mewakili MSSD Jerantut ke kejohanan Bola Baling peringkat MSS Pahang. Pelajar tersebut ialah Adiq Putra Shahmeer bin Mohd Kaharuddin dan Muhammad Amirun Amin bin Mahadi..
Kejohanan tersebut telah diadakan di daerah Raub. Pasukan MSSD Jerantut menjadi naib Johan peringkat negeri Pahang.
Salah seorang daripada pelajar SK Kuala Tembeling telah dipilih untuk mewakili pasukan Pahang Darul Makmur ke peringkat kebangsaan / MSSM. Pelajar tersebut ialah Adiq Putra. Beliau akan membawa nama SKKT ke kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan.
En Mphd Azmi bin Adbul Khalid , Guru Besar SK Kuala Tembeling merakamkan ucapan tahniah kepada Adiq Putra atas kejayaan terpilih bagi mewakili pasukan Pahang ke kejohana tersebut. Beliau menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada pelajar tersebut

En Mohd Azmi bersama Adiq Putra

Monday, 12 February 2018

BADMINTON MSSD JERANTUT

Tarikh : 12 FEBRUARI 2018
Hari : Isnin
Masa : 8.00 - 12.00 TENGAH HARI
Tempat : SMK PPP Tun Razak , Sungai Tekam

Pasuka Badminton SK Kuala Tembeling telah menjadi naib Johan kategori perempuan bawah 12 tahun. Pasukan sekolah telah menghantar 2 orang untuk kategori perseorangan dan 2 bergu. Jumlah semua adalah 8 orang. 4 lelaki dan 4 permpuan.
Adik Siti Bainun binti Aruddin , pelajar tahun 6 telah muncul naib johan setelah kecundang kepada lawannya dari SK Sungai Tekam.Utara
Pertandingan tersbut telah diadakan selama 2 hari (7 & 8 ) di SMK PPP Tun Razak . Sg Tekam , Jerantut Pahang.

 Adik Siti Bainun menerima sijil penyertaan dari Tuan Guru Besar

Friday, 2 February 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 22 JAN 2018
Hari : Khamis 
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan SKKT dan Kampung Kuala Tembeling

Seramai kira-kira 80 orang pelajat tahap 2 menyertai kejohana Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi pemilihan wakil ke Kejohana Merentas Desa MSSD yang akan diadakan pada 01 FEB 2018 di SK Batu Balai.
Pemenanag pada kejohanan kali ini akan dipilih untuk mewakili Sekolajh ke kejohana peringkat MAAD Jerantut.
Kejohanan pada kli ini mendapt kerjasama dari pihak POLIS Kuala Tembeling dan MILO untuk tajaan minuman.





MILO menaja minuman kepada peserta larian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...