::VISI ::PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ::

No Telefon & Fax : 09 308 6490 emel : cba2018.skkt@gmail.com

Monday, 12 February 2018

PELANCARAN LENCANA PENERIMA RMT

Tarikh : 12 FEBRUARI 2018
Hari : Isnin
Masa : 7.50 PAGI
Tempat : Dataran Perhimpunan


Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) telah melancarkan pemakaian " button badge"
bagi penerima RMT utuk tahun 2018. Seramai 55 orang pelajar tahun 1 hingga tahun 6 menerima bantuan ini. Bantuan RMT telah bermula sejak hari pertama persekolahan sesi 2018 iaitu pada 02 Januari 2018.
En Mohd Azmi bin Abdul Khalid ,Guru Besar SK Kuala Tembeling menyematkan button badge ke baju setiap orang pelajar. Pelajar perlu memakai button badge hingga waktu rehat. Selepas mengambil makanan , pelajar mestilah memulangkan kembali button badge kepada guru bertugas mingguan ataupun guru RMT.
Tujuan pemakaian button badge adalah untuk mengesan pelajar yang tidak hadir pada hari tersebut . Setiap pelajar diberikan button badge mengikut warna. Warna yang berlainan adalah mengikut tahun yang berbeza.

 Guru Besar  sedang menyematkan button badge kepada pelajar RMT


Button Badge RMT
Penyediaan RMT pada waktu rehat 10.00 pagi

 Guru bertugas sedang merasai menu RMT
 Meja pelajar RMT



BADMINTON MSSD JERANTUT

Tarikh : 12 FEBRUARI 2018
Hari : Isnin
Masa : 8.00 - 12.00 TENGAH HARI
Tempat : SMK PPP Tun Razak , Sungai Tekam

Pasuka Badminton SK Kuala Tembeling telah menjadi naib Johan kategori perempuan bawah 12 tahun. Pasukan sekolah telah menghantar 2 orang untuk kategori perseorangan dan 2 bergu. Jumlah semua adalah 8 orang. 4 lelaki dan 4 permpuan.
Adik Siti Bainun binti Aruddin , pelajar tahun 6 telah muncul naib johan setelah kecundang kepada lawannya dari SK Sungai Tekam.Utara
Pertandingan tersbut telah diadakan selama 2 hari (7 & 8 ) di SMK PPP Tun Razak . Sg Tekam , Jerantut Pahang.

 Adik Siti Bainun menerima sijil penyertaan dari Tuan Guru Besar

Thursday, 8 February 2018

PROGRAM SERLAH BACAAN

Tarikh : 02 FEB 2018
Hari : ISNIN
Masa : 7.45 PAGI
Tempat : DATARAN PERHIMPUNAN

Program Serlah Bacaan telah berjaya dilancarkan dengan jayanya. Program ini melibatkan seramai kira-kira 30 orang pelajar tahap 1. Program ini akan berjalan selama 4 hari bermula hari Isnin dan akan berakhir pada hari Khamis ( 05 hingga 08 Feb 2018 )
Program ini melibatkan semua guru-guru SK Kuala Tembeling. Jadual program bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
Dalam ucapan pelancaran Tuan Guru Besar mengharapkan hasil yang positif akan tercapai melalui usaha ini untuk mengurangkn kadar keciciran pelajar dalam pelajaran.


 Barisan pendidik SK Kuala Tembeling
Guru Tahun 1 Pn Rahila bt Sahar

 Cikgu Ishak sedang membimbing peserta program
Cikgu Farid bersama pelajar tahap 1
Penyelaras program Cikgu Nur Diyana Munirah


Wednesday, 7 February 2018

LENCANA SK KUALA TEMBELING


WARNA KUNING - Lambang Kuasa Di Raja
WARNA PUTIH - Tanda bersih sama ada hati dan peribadi
OBOR - Lambang Kejayaan
BUKU TERBUKA - Buka lambang pelita hidup . Murid digalakkan membaca buku untuk menambah pengetahuan.
PERKATAAN BAKTI - Selagi hidup , Kita perlu berjasa kepada bangsa , Agama dan Negara
PERKATAAN BELAJAR - Murid digalakkan belajar untuk mengubah diri dan masa depan
PERKATAAN SUKAN - Sukan adalah aktiviti yang menyihatkan badan. Muris perlu cergas untuk menghadapi pelajaran


Tuesday, 6 February 2018

PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ( BAP ) 2018

Tarikh : 31 JANUARI 2018
Hari : Rabu
Masa : 11.30 PAGI
Tempat : DEWAN HARMONI 

Program Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) telah dilaksanakan dan diagihkan kepada pelajar yang terpilih dalam kalangan berpendapatan RM 3,00.00 isi rumah. Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan bantuan kewangan kepada pelajar tebabit.
Seramai 104 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar terdiri daripada pelajar tahu 1 hingga tahun 6 serta pelajar pendidikan khas seramai 8 orang.
Program bermula pada jam 11.40 pagi dengan ucapan aluan oleh  En Mohd Azmi bin Abdul Khalid,  Guru Besar SKKT. Beliau mengingatkan kepada ibu bapa agar menggunakan sebaik-baiknya bantuan untuk tujuan pendidikan anak-anak.
Progran bantuan ini mendapat sambuatan yang baik daripada ibu bapa .

 Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
 Para ibu bapa yang hadir
Pengagihan bantuan awal persekolahan ( BAP )

Monday, 5 February 2018

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH , PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2018

Tarikh : 15 JAN 2018
Hari : ISNIN
Masa : 8.00 PAGI
Tempat : DEWAN HARMONI , SK KUALA TEMBELING

Unit HEM SK Kuala Tembeling dengan kerjasama PDRM Jerantut telah berjaya melaksanakan satu program Lantikan Pengawas Sekolah. Program ini dinamakan Warga SKKT bersama PDRM
Program ini mendapat kerjasama daripada pihak PDRM Jerantut. Program ini telah dirasmikan oleh ASP Badrol Azam Bin Mohd Dom , Ketua Bahagian Pencegahan JenayahDan Keselamatan Komuniti Daerah Jerantut


Friday, 2 February 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 22 JAN 2018
Hari : Khamis 
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan SKKT dan Kampung Kuala Tembeling

Seramai kira-kira 80 orang pelajat tahap 2 menyertai kejohana Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi pemilihan wakil ke Kejohana Merentas Desa MSSD yang akan diadakan pada 01 FEB 2018 di SK Batu Balai.
Pemenanag pada kejohanan kali ini akan dipilih untuk mewakili Sekolajh ke kejohana peringkat MAAD Jerantut.
Kejohanan pada kli ini mendapt kerjasama dari pihak POLIS Kuala Tembeling dan MILO untuk tajaan minuman.





MILO menaja minuman kepada peserta larian


Thursday, 1 February 2018

IKRAR MURID

IKRAR MURID

KAMI BERJANJI DAN BERIKRAR

  • Bahawasanya kami akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha dan iltizam kepada pelajaran dan aktiviti kokurikulum.
  • Bahawasanya kami akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa depan adgama , bangsa dan negara.
  • Bahawasanya kami akan sentiasa menghormati ibu bapa , guru-guru, pemimpin-pemimpin dan undang-undang negara.
  • Dan seterusnya , kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami ini , demi masa depan kami dan wawasan negara 



PENTADBIR 2018

EN MOHD AZMI BIN ABDUL KHALID
GURU BESAR

                                                                  TN HJ MAHMUD BIN AHMAD               EN KAMARUDDIN B ABU BAKAR
                                                                          GPK PENTADBIRAN                                GPK HAL EHWAL MURID
   


EN MOHD SYUKRI BIN ISMAIL
GPK KOKURIKULUM

Wednesday, 31 January 2018

GURU PENYAYANG 2018

TARIKH : 02 JANUARI 2018
MASA : 7.20 PAGI
TEMPAT : SK KUALA TEMBELING

Hari pertama persekolahan sesi 2018 bermula dengan sambutan oleh guru-guru SK Kuala Tmbeling di muka pintu sekolah.
Program Guru Penyayang merupakan program yang pertama dilakukan oleh warga SKKT. Guru-guru mengalu-alukan para pelajar ke sekolah.
Guru-guru menanti pelajar di kedua-dua pintu masuk ke sekolah. Pelbagai gelagat dan telatah anak-anak pelajar dapat dilihat setelah sekian lama berehat lebih daripada sebulan cuti semester.

Pelajar bersalaman dengan guru-guru SKKT 
Guru-guru teruja menantikan ketibaan pelajar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...