::VISI ::PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ::

No Telefon & Fax : 09 308 6490 emel : cba2018.skkt@gmail.com

Thursday 12 April 2018

SUMBANGAN JUBAH PRASEKOLAH

Tarikh : 10 APRIL 2018
Hari : SELASA
Masa : 9.00 - 10.00 PAGI
Tempat : DEWAN HARMONI

Kelas Prasekolah SK Kuala Tembeling bertuah kerana telah menerima sumbangan Jubah dari Puteri UMNO Daerah Jerantut. Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh ketua Puteri UMNO daerah Jerantut ,Pn Shafinas Bt Mohd Azman dakam majlis yang diadakan di Dewan Harmoni.
Dalam ucapannya Tn Hj Mahmud b Ahmad , GPK Pentadbiran mewakili Guru Besar merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Puteri UMNO daerah Jerantut. Dalam ucapannya juga , SK kuala Tembeling amat terkenal dalam bidang akademiknya di mana SK Kuala Tembeling adalah antara 10 buah sekolah terbaik dalam pencapaian UPSR.
Semoga sumbangan yang diberikan akan melonjakan lagi prestasi pendidikan anak-anak SK Kuala Tembeling.
 Menerima sumbangan dari Puteri UMNO Jerantut
 Ucapan Aluan GPK 1 dan Ketua Puteri
 Gambar Kenangan bersama Puteri Jerantut
Prasekolah SK Kuala Tembeling

Thursday 5 April 2018

RAWATAN PERGIGIAN SEKOLAH

Tarikh : 03 hingga 05 APRIL 2018
Hari : SELASA - KHAMIS
Masa : 8.00 - 1.00 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN HARMONI

SK Kuala Tembeling menerima kunjungan Unit Pergigian Daerah Jerantut bagi memberikan rawatan kesihatan Pergigian untuk pelajar sekolah. Program ini mengambil masa selama 3 hari bermula selasa dan berakhir hari khamis.
Antara pengisian program ini termasuklah rawatan pergigian untuk semua pelajar dan diakhiri dengan ceramah Kesihatan Pergigian yang telah disampaikan oleh Dr Afifah bt Khairul Azam. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Afifah amat  mudah difahami dan sangat berkesan.

 Pelajar Mendapatkan Rawatan Pergigian
 Sesi tunjuk ajar cara mengosok gigi oleh Unit Pergigian

 Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr Afifah

 Cenderahati Kepaada Penceramah 
disampaikan oleh Tn Hj Mahmud. GPK Pentadbiran

Monday 2 April 2018

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Tarikh : 02 APRIL 2018
Hari : ISNIN
Masa: 7.00 - 7.45 PAGI
Tempat : DATARAN PERHIMPUNAN SKKT

Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Ustaz Mohd Azmi bin Abdul Khalid, Guru Besar SK Kuala Tembeling pada pagi ini.
Majlis pelancaran diadakan di Dataran Perhimpunan semasa perhimpuna pagi. Objektif kem ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai budaya membaca dalam kehidupan seharian. Program ini melibat semua pelajar arus perdana dari tahun 1 hingga tahun 6 iaitu seramai 155 orang.
Perlaksanaan kem ini dilaksanakan selamat 3 hari iaitu bermula hari selasa hingga khamis. Waktu yang diperuntukkan selama 15 minit bermula 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Guru waktu pertama akan mengawalselia pelajar yang terlibat.


 Barisan Pentadbir bergambar selepas pelancaran
 Pelajar sedang membaca buku
 Kem Membaca 1 Malaysia
 Pelajar Prasekolah dan Pelajar Pendidikan Khas

Antara pelajar yang menerima hadiah Kem Membaca 1 Malaysia



KEJOHANAN MSSD JERANTUT BOLA SEPAK B12

Muhammad Ady Putra dan Muhamad Sybli bersama Cikgu Mohd Syukri Ismail GPK Kokurikulum

Dua orang pelajar SK Kuala Tembeling telah terpilih untuk mewakili Zon Tahan ke Kejohanan Bola Sepak MSSD Jerantut bawah 12 tahun. Adik Muhammad Ady Putra bin Azhari  dan Adik Muhammad Sybli  bin Abu Sin. 
Kedua-dua mereka adalah pelajar tahun enam. Muhammad Ady Putra telah terpilih untuk mewakili Daerah Jerantut ke kejohanan Peringkat Negeri yang akan diadaakan tidak lama lagi.
Semoga mereka terus mengharumkan nama SK Kuala Tembeling ke peringkat labih tinggi.Ady Putra juga mewakili negeri Pahang dalam pertandingan Bola Baling dan menjadi Johan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan

Tuesday 20 March 2018

HPC YAYASAN PAHANG UPSR 2017

Tarikh : 20 MARCH 2018 
Hari : SELASA 
Tempat : SK KUALA TEMBELING

Dua orang pelajar SK Kuala Tembeling telah menerima Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR Tahun 2017 iaitu Adik Muhamad Nabil Iskandar bin Mohamad dan Maidatul Wahyu binti Mohd Arif. Kedua-dua orang pelajar tersebut telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2017.
Kedua-dua pelajar tersebut telah melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah pilihan mereka. Pengiktirafan yang diberikan oleh Yayasan Pahang amat memberikan makna kepad kepada usaha-usaha yang telah dilakukan untuk kejayaan tersebut..
Pihak sekolah merakamkan ucapan Tahniah kepada kedua-dua pelajar tersebut kerana telah mengharumkan nama SK Kuala Tembeling. Semoga semua pelajar UPSR 2017 terus cemerlang di sekolah baharu.

 Ibu kepada Maidatul Wahyu menerima sijil penghargaan dari Guru Besar

Wednesday 14 March 2018

CERAMAH KESIHATAN REMAJA DAN KEMPEN ANTI MEROKOK

Tarikh : 13 MAC 2018
Hari : SELASA
Masa : 8.00 - 12.00 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN HARMONI DAN DATARAN PERHIMPUNAN

 Unit Jawatan kuasa Kesihatan dan PPDa SK Kuala Tahan telah menganjurkan aktiviti / Ceramah Kesihatan Remaja dan Ceramah Anti Merokok peringkat sekolah.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah dari KliniK Kesihatan Bandar Jerantut dan Poli Klinik Kuala Tembeling.
Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh staf Poli Klinik Kuala Tembeling. Semua guru dan staff dan murid Terlibat sama dalam aktiviti tersebut yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

 Pelajar dan guru bersama menyertai aktiviti senamrobik

Pada pukul 9.00 pagi ceramah  Kesihatan Remaja pula mengambil tempat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil dari Klinik Kesihatan Bandar Jerantut. Ceramah ini menyentuh tentang kesihatan pelajar sekolah memasuki alam remaja.


Penceramah sedang menyampaikan ceramahnya
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Selepas waktu rehat slot Anti Merokok telah disampaikan oelah En Ismail Abdul Latif , Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Jerantut. Isi ceramah berkisar tentang bahaya merokok dan kesannya kepada masyarakat sekeliling. Ceramah ini mengambil masa selama satu jam dan berlangsung dalam suasana yang ceria.

En Ismail dari KK Bandar Jerantut
Pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah Anti Merokok dari En Ismail

Monday 5 March 2018

KEJOHANAN MSSP BOLA BALING

Tarikh : 05 MAC 2018
Hari : ISNIN
Masa : 8.00 PAGI
Tempat : DATARAN PERHIMPUNAN SKKT

Dua orang pelajar tahun 6 SK Kuala Tembeling telah terpilih untuk mewakili MSSD Jerantut ke kejohanan Bola Baling peringkat MSS Pahang. Pelajar tersebut ialah Adiq Putra Shahmeer bin Mohd Kaharuddin dan Muhammad Amirun Amin bin Mahadi..
Kejohanan tersebut telah diadakan di daerah Raub. Pasukan MSSD Jerantut menjadi naib Johan peringkat negeri Pahang.
Salah seorang daripada pelajar SK Kuala Tembeling telah dipilih untuk mewakili pasukan Pahang Darul Makmur ke peringkat kebangsaan / MSSM. Pelajar tersebut ialah Adiq Putra. Beliau akan membawa nama SKKT ke kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan.
En Mphd Azmi bin Adbul Khalid , Guru Besar SK Kuala Tembeling merakamkan ucapan tahniah kepada Adiq Putra atas kejayaan terpilih bagi mewakili pasukan Pahang ke kejohana tersebut. Beliau menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada pelajar tersebut

En Mohd Azmi bersama Adiq Putra

Monday 26 February 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35

Tarikh : 27 FEBRUARI 2018
Hari : SELASA
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : DEWAN HARMONI , SK KUALA TEMBELING
Perasmi : YB DATO HAJI AHMAD NAZLAN BIN IDRIS
                 AHLI PARLIMEN JERANTUT


Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ,Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 pada 27 Feb 2018. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Harmoni SK Kuala Tembeling.
Mesyuarat PIBG pada kali ini telah dirasmikan perasmiannya oleh YB Dato Hj Ahmad Nazlan bin Idris , Ahli Parlimen Jerantut. Ini adalah julung kali ahli Parlimen Jerantut merasmikan mesyuarat Agung di SK Kuala Tembeling.
Mesyuarat agung pada kali ini dihadiri oleh sebahagian besar ibu bapa dan penjaga pelajar SK Kuala Tembeling yang berjumlah 175 orang murid termasuk pelajar prasekolah, pelajar tahun 1- 6 dan pelajar pendidikan khas. Kehadiran pada kali ini amat menggalakkan.
Ibu bapa yang hadir pada kali ini melahirkan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh PIBG dalam membantu pihak sekolah menjayakan agenda utama pendidikan dan meningkatkan pencapaian para pelajar dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum.
YB Dato Hj Ahmad Nazlan bin Idris juga  melancarkan laman blog sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling . Tujuan dibina lama Blog ini adalah untuk meyebarkanluaskan maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini di peringkat global. Ibu bapa boleh mengetahui maklumat dan peristiwa yang berlaku di sekolah melalui capaian internet sahaja.
Dengan adanya blog ini diharapkan maklumat dan aktiviti sekolah dapat diketaui oleh masyarakat walaupun berada di mana sahaja.


Thursday 22 February 2018

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ WAN MOHD ALI ZULFAQAR

Tarikh : 14 FEB 2018
Hari : RABU
Masa : 11.30 PAGI
Tempat : DEWAN HARMONI SK KUALA TEMBELING


Sekolah Kebangsan Kuala Tembaling telah kehilangan seorang Ustaz pada awal tahun 2018. Ustaz Wan Mohd Ali Zulfaqar telah bertukar ke SK Batu Balai , Jerantut Pahang, Tempat beliau telah digantikan oleh seorang Ustazah yang berpindah dari negeri Kelantan iaitu Ustazah Siti Hawa.
Uataz Wan Mohd Ali baru sahaja bertukar ke SK Kuala Tembeling setelah sekian lama menabur bakti di SK Gusai , Ulu Tembeling. Beliau berpingah ke sini pada bulan Julai 2017. Beliau berkhidmat di SK Kuala Tembeling hampir selama 5 bulan sahaja kerana memberikan laluan kepada isterinya Ustazah Siti Hawa .
Walaupun kehadiranya hanya 5 bulan namun kehilangannya amat dirasai oleh seluruh warga SK Kuala Tembeling. Semoga Ustaz Wan Mohd Ali terus cemerlang menabur bakti di tempat baharu.


Ustaz Wan Mohd Ali Zulfaqar bersalaman dengan pelajar SKKT
Bersama  Guru-guru dan staff SK Kuala Tembeling
 Bersama para pelajar SKKT
 Ustaz Ali bersama isterinya Ustazah Siti Hawa



Tuesday 13 February 2018

PERSEKITARAN SK KUALA TEMBELING 2018

GAMBAR SEKITAR SEKOLAH 2018
 Bangunan Asal SKKT
 Kantin
 Pintu Masuk
Projek Kolam Ikan ** dlam pembinaan

 Bangunan baharu/Tambahan
 Kelas Pendidikan Khas
 Bangunan Asal SKKT
Kantin 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...